jump to navigation

Fatwa Shaikh Taha Jabir al-Alwani July 13, 2008

Posted by AMK Hulu Kelang in Anwar, Nasional.
add a comment

Merujuk kepada tuduhan keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, satu rujukan fatwa telah diketengahkan kepada Shaikh Yusof Al-Qaradawi. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar’ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.

Kerana keuzuran beliau, rujukan fatwa ini telah di rujuk kepada sahabat beliau Shaikh Taha Jabir al-Alwani. Shaikh Taha juga merupakan seorang ahli intelektual dan pemikir islam yang terkemuka. Berikut adalah terjemahan Fatwa Shaikh Taha Jabir al-Alwani berkenaan tuduhan liwat keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Terjemahan Fatwa Syeikh Taha Jabir al-Alwani

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w

Aku dihadapkan dengan satu persoalan besar yang berlaku di Malaysia dua minggu yang lalu. Seseorang telah menuduh Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat. Sistem perundangan di Malaysia ingin memanggil pendakwa dan yang didakwa untuk bersumpah bagi membersihkan nama masing-masing. Apakah pendirian syarak dalam persoalan tersebut. Adakah orang yang didakwa, wajib bersumpah untuk membebaskan dirinya. Khususnya, seperti sumpah yang dilakukan berulang-kali dalam salah satu kes pengadilan pembunuhan yang popular dikalangan ahli Fekah.

Aku cuba menjawab (memohon petunjuk dari Allah).

Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Turuq al-Hikmiyah serta ramai para ulama menolak pendakwaan orang yang tidak adil dan diragui perangai dan pernyataannya. Sesiapa yang menuduh, terutama terhadap orang yang penting dalam pemerintahan dan masyarakat dihukum sebagai qazaf (pertuduhan yang mesti mengemukakan empat orang saksi dan sekiranya gagal penuduh akan dianggap sebagai fasiq dan tidak diterima kesaksiannya). Maka pendakwa akan diperlakukan sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (al Quran 24:4)

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (24:11)

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. (24: 12)

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (24:13)

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -(24:14)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya (24:15)

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”. (24:16)

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (24:17)

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukumhukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (24:18 )

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( 24:19)

Sejarah pergerakan Komunis di dunia Arab secara khususnya menggunakan cara yang sama dengan melemparkan tuduhan yang keji kepada pemimpin-pemimpin berakhlak mulia dan berpegang teguh dengan Islam. Ini sebenarnya merupakan jalan mudah untuk menimbulkan keraguan dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang dituduh. Bahkan dengan pertuduhan tersebut dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada yang menuduh. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh Komunis di Iraq sebelum ini seperti yang dilapor oleh para pengkaji. Kerana mereka sedar modal utama kekuatan muslim adalah berpegang teguh dengan akhlak yang terpuji.

Kami merasa amat terkilan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab terutama dalam bidang kehakiman di Malaysia. Proses penghakiman telah direndahkan martabatnya sehingga menjadi medan persaingan politik. Kami berharap kepada mereka supaya menginsafi perbuatan ini dan mengatasi masalah keruntuhan institusi politik ketika ini demi menjaga kemuliaan dan maruah negara. Tindakan mereka yang mengizinkan perkara sebegini berlaku akan memusnahkan matlamat masyarakat, keluarga, generasi dan diri sendiri.

Anwar Ibrahim pada zaman mudanya merupakan pemimpin gerakan belia muslim Malaysia (ABIM). Dan beliau telah mentadbir dan membimbing lebih dari 25 buah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia yang pelajarnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, tidak pernah pun beliau dituduh sepanjang pentadbirannya. Bahkan beliau diberi kepercayaan penuh sebagai bapa dan pemimpin yang disegani. Ini berlaku pada zaman mudanya, maka, bagaimana pula hari ini dikala usianya mencecah 60an? Dan pada hari ini beliau memimpin Pakatan Pembangkang pada masa yang sama beliau merupakan suami, ayah dan datuk? Dan bagaimana pula tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim oleh musuh politiknya 10 tahun yang lepas, beliau dipenjarakan tanpa pengadilan yang saksama. Hari ini, diulangi sekali lagi pendakwaan yang keji dari manusia yang tidak diketahui status keadilan dan amanahnya dalam masyarakat.

Sesungguhnya, persoalan “sumpah” langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah melainkan dalam kes-kes tertentu seperti kes seseorang dibunuh diantara dua buah kampung dan tidak diketahui pembunuhnya. Maka sebahagian ulama berpendapat semua penduduk kedua-dua kampung dituntut supaya bersumpah 50 kali untuk melepaskan pertuduhan. Dan sebenarnya tidak ada kaitan diantara kes ini dengan kes pendakwaan tersebut. Kes yang kita hadapi ini hanya berkaitan dengan penuduh (fasiq, zalim) yang tidak diterima kesaksiannya. Dan orang yang dizalimi tidak meminta apa-apa pun untuk membersihkan dirinya, bahkan sejarah, nama baik, dan kebenaran memadai bagi dirinya. Kalau semua ini tidak diterima. Maka bolehlah orang-orang fasiq untuk menuduh mana-mana pemimpin Malaysia atau Perdana Menteri atau bahkan Sultan dengan tuduhan yang menghinakan sehingga jatuh maruah kesemua yang tertuduh dan dianggap sebagai fasiq dan tidak diterima kesaksiannya dalam mana-mana pengadilan.

Maka pertuduhan yang melibatkan kehormatan diri dan maruah mesti diadili dan dihakimi dengan undang-undang syarak (qazaf) seperti yang disebut di dalam surah An-Nur tadi.

Aku menegaskan sekali lagi di sini, komunis di Iraq telah menuduh pemimpin gerakan Islam syeikh Muhamad Mahmud As-sowaf dengan tuduhan yang sama. Begitu juga yang berlaku pada as-Syahid syeikh Abdul Aziz al-Badri.

Anwar Ibrahim dahulunya (di dalam UMNO) pernah memimpin pergerakan pemuda UMNO dan pernah menjadi Menteri Belia dan bertanggungjawab tentang urusan belia. Tidak pernah ada siapa pun dikalangan belia / pemuda yang bekerja di bawah Anwar Ibrahim baik di kementerian mahupun di dalam partinya yang mendakwa Anwar Ibrahim meliwat mereka, maka bagaimana pula mereka sanggup menuduh dengan pertuduhan yang keji setelah Anwar beralih ke pihak yang lain (pembangkang)? Bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya dunia ini hanyalah bayangan yang pasti menghilang dan di sana akhirat yang bakal mengadili, menyiksa, menunggu manusia yang membuat kerosakan.dan pada hari itu tidak bermanfaat segala harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang hadir dengan hati bersih lagi suci.

Aku menyeru dengan penuh pengharapan kepada barisan kepimpinan Malaysia supaya bertakwalah kepada Allah dalam mentadbir negara, rakyat khususnya anak-anak Melayu. Jauhilah dosa-dosa dalam persaingan politik, berpegang teguhlah dengan akhlak-akhlak Islam yang benar dan terpuji. Jangan sekali-kali membiarkan kepercayaan ini dihancurkan sehingga membawa kepada persengketaan dan perpecahan dalam masyarakat.

Marilah kita memohon supaya Allah menjaga negara dan masyarakat kita.

Salinan Fatwa ini boleh dimuat turun disini:

1. Bahasa Arab

2. Bahasa Melayu

3. English

Nota: Sila maklumkan jika ada kesalahan terjemahan. Terjemahan telah dilakukan sebaik mungkin.

Tanda-tanda UMNO akan lenyap July 12, 2008

Posted by AMK Hulu Kelang in Politik.
add a comment

Tsunami politik tanahair telah bermula sejak 9 Mac 2008. Mulai dari tarikh itu, satu demi satu perbalahan di dalam UMNO kelihatan. Seolah-olah parti itu menuju kearah kemusnahan. Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi peristiwa yang mungkin menjadi petanda kearah kelenyapan UMNO.
 

Utusan Meloya Melaporkan:
BATU PAHAT 11 Julai – Memorial Datuk Onn Jaafar yang terletak di kawasan Kelab Golf Batu Pahat di sini musnah dalam satu kebakaran petang ini.

Lebih 70 peratus bangunan yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Datuk Onn itu hangus dijilat api…………..

Datuk Onn yang merupakan pengasas UMNO dilahirkan pada 1895. Beliau meninggal dunia pada 1962 ketika berusia 67 tahun.

Anaknya, Allahyarham Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri yang ketiga manakala cucunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini Menteri Pelajaran……………
 

Mungkinkah ini adalah tanda-tanda yang Allah swt tunjukkan kepada kita.? Sebagaimana Allah swt menghukum sesuatu kaum atau negara itu dengan bencana. Kumpulan pemimpin yg zalim juga tidak akan terlepas dari hukuman dunia. Fikirkanlah.

Wallahualam bi shawab.”

Gambar-gambar Sekitar Program Suara Anak Muda July 11, 2008

Posted by AMK Hulu Kelang in Ceramah, Gambar, Hulu Klang, Program AMK.
add a comment

Program Suara Anak Muda July 11, 2008

Posted by AMK Hulu Kelang in Ceramah, Hulu Klang, Program AMK.
add a comment

Satu program ceramah masyarakat telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 10 Julai 2008 pada jam 9.30 Malam bertempat di Dewan Masyarakat Jalan AU5C/10, Lembah Keramat. Program yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang itu telah diserikan dengan kehadiran nama-nama besar seperti Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK Malaysia), Saudara Khairul Anwar Ahmad Zainuddin (Ketua AMK Selangor), YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau) dan juga jemputan khas YB Hj. Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang), Program tersebut telah dipengerusikan oleh Saudara Zainol Abidin Mohamed.

Ceramah Anjuran AMK Hulu Kelang dengan kerjasama AMK Gombak dan Jawatankuasa ADUN Hulu Kelang bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini situasi politik semasa tanahair. Berikutan kemelut politik yang semakin hari semakain hangat, rakyat memerlukan penerangan yang lebih tepat kerana hampir keseluruhan media tanahair telah ditapis dan lebih Pro kepada pihak pemerintah.

Program seumpana ini perlu diadakan dengan lebih kerap diselurh kawasan meliputi segenap lapisan masyarakat untuk memberikan gambaran sebenar polimik pilitik tanahair yang semakin goyah. Rakyat juga perlu diingatkan supaya tidak takut untuk melakukan perubahan dan menyuarakan pendapat supaya penindasan dan kekejaman pihak pemerintah dapat dihentikan. Perjuangan perlu diteruskan bagi memperbaharui tekad memperjuangkan hak bangsa Malaysia.

Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan progam tersebut. Juga jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir, semoga mereka mendapat manfaat dan infomasi berguna dariada program tersebut. Tidak lupa kepada petugas-petugas AMK Hulu Kelang yang telah membantu sedaya upaya sepanjang berjalannya program ini.

Lawan Tetap Lawan!!!!

Anwar Tidak Perlu Bersumpah – Mufti Perak July 8, 2008

Posted by AMK Hulu Kelang in Anwar, Nasional.
add a comment

From HarakahDaily.net
July 6, 2008
Mohd Rashidi Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.